Selasa, 12 Ogos 2014

..SEJARAH PENUBUHAN SKUAD 1 MALAYSIA..


Sukarelawan Antidadah atau Skuad 1 Malaysia ditubuhkan awal Tahun 2011 oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pada ketika itu iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Skuad 1 Malaysia ini ditubuhkan sejajar dengan 7 Komitmen Utama yang telah digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri iaitu 
                                      
                                         " Menggerakkan Gelombang Kesukarelaan "

Justeru itu, Agensi Antidadah Kebangsaan telah menyahut seruan Yb Menteri dalam mewujudkan gelombang kesukarelaan seramai yang boleh dan melahirkan generasi sukarelawan terutama dalam membasmi penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Hal ini dilihat mampu memberi impak yang positif sekiranya kesukarelawan ini dapat diaktifkan disemua Negeri,Daerah mahupun komuniti setempat dalam mengaktifkan gelombang sukarelawan tersebut.

Semangat Kesukarelaan dilihat perlu diperluaskan di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya di dalam membantu kerajaan dalam memerangi permasalahan dadah.

Antara matlamat utama penubuhan Skuad 1 Malaysia ini ialah :

  • Menjadi Mata dan Telinga bagi AADK dalam menyampaikan maklumat serta info - info berkaitan penyalahgunaan dadah di kawasan mereka.
  • Bergerak sebagai satu pasukan sukarelawan yang aktif membantu golongan penagih dadah.
  • Menyeru masyarakat yang lain dalam melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan.
Berikut adalah Antara Ahli Gabungan Sukarelawan AADK :
  • Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD)
  • Ahli Lembaga Pelawat
  • Rakan Antidadah (RADA)
  • Persatuan Alumni Agensi Antiddah Kebangsan ( PENDAMAI )
  • Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Selaras dengan seruan kerajaan, Gelombang kesukarelaan ini amat penting dalam memberi impak yang berkesan dalam memastikan masyarakat Malaysia bebas dari penyalahgunaan Dadah. Peranan serta kegiatan yang aktif disulamkan dengan semangat sukarelawan yang dipupuk didalam hati mampu memberi impak yang positif dalam memastikan GENERASI masa hadapan BEBAS dari DADAH..  
                                          
                                            .." MALAYSIA BEBAS DADAH "..
        .." SUKARELAWAN MEMBAWA FAEDAH,MASA DEPAN NEGARA CERAH "..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan