Rabu, 13 Ogos 2014


PROGRAM FAMILY ON ALERT (FOA)



Rembau, 26hb April 2014: Unit Pencegahan dan Publisiti bersama Unit Rawatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah  Rembau telah mengadakan Program Family On Alert (FOA) di Caring Community House (CCH) Taman Chembong Jaya. Program ini melibatkan seramai 9 orang Kakitangan AADK Daerah Rembau bersama 16 OKP berserta keluarga masing - masing.

Objektif program ini adalah untuk memastikan setiap ahli keluarga mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang gaya hidup sihat serta mengamalkannya seterusnya berupaya melahirkan generasi bebas dadah. Selain itu, setiap Ahli Keluarga juga didedahkan dengan situasi - situasi yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan anak - anak mereka melalui pembelajaran Teori dan Praktikal.

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Program ini melibatkan beberapa Agensi kerajaan yang lain seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara              (LPPKN) serta beberapa Badan NGO yang berkaitan.

Rata - rata peserta yang terlibat menyatakan bahawa Program seperti ini memberi satu pengalaman yang berharga serta dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang cara - cara bagaimana untuk berinteraksi serta membina jaringan sosial sesama ahli keluarga apatah lagi anak mereka yang cenderung kepada penglibatan penyalahgunaan dadah. Meraka merasakan amat rugi sekiranya tidak mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Pihak AADK ini.

Secara keseluruhannya, Program ini dilihat mendatangkan kesan yang baik selain mendidik ahli keluarga yang  cemerlang, gemilang dan terbilang demi Agama,Bangsa dan Negara Kelak.

              " KELUARGA CEMERLANG, GENERASI TERBILANG, NEGARA GEMILANG "

Disediakan oleh :

Unit Publisiti
AADK Daerah Rembau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan