Rabu, 13 Ogos 2014

PROGRAM SAYANGI HIDUP ELAK DADAH SELAMANYA (SHIELDS)




Rembau, 19 & 20.05.2014; AADK Rembau dengan kerjasama PPD Rembau dan pihak SMK Dato’ Sedia Raja telah menganjurkan Program SHIELDS di Pejabat Pelajaran Daerah Rembau. Program ini melibatkan seramai 8 orang Kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Rembau, 3 orang Guru kaunselor SMK Dato’ Sedia Raja, 42 orang pelajar SMK Dato’ Sedia Raja serta kakitangan dari Pejabat Pendidikan Daerah Rembau.

Objektif program ini adalah memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah, membantu para pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah agar bebas daripada dibelenggu masalah perkaitan dengan dadah dengan intervensi dan program yang berkesan serta melahirkan pelajar yang mempunyai mutu disiplin, sikap tanggungjawab, amanah dan semangat yang tinggi.

Program ini berjalan selama 2 Hari dimana para peserta perlu bermalam di Pusat Transformasi Pendidikan Daerah Rembau yang telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah AADK Negeri Sembilan iaitu En. Basharudin Bin Said. Peserta telah diterapkan berkaitan info - info penyalahgunaan dadah, bagaimana untuk menguruskan diri serta menyelesaikan konflik berkaitan masalah sosial. Disamping itu, pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan seperti Latihan dalam kumpulan, aktiviti riadah seperti futsal dan perkongsian pengalaman turut di laksanakan sepanjang program berlangsung.  Penerapan nilai estatika serta ilmu islam melalui penghayatan keagamaan juga diterapkan didalam diri peserta. 

Rata - rata peserta yang terlibatkan melahirkan rasa gembira dan seronok dengan program yang telah dirangka. Meraka merasakan bahawa program sebegini perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

Semoga segala usaha yang telah dilakukan oleh Pihak kerajaan mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat terutama golongan remaja dalam menghindari penyalahgunaan dadah serta gejala yang tidak bermoral. Sekian..

                      " DADAH PEROSAK BANGSA, HIDUP SIHAT TANPA DADAH "

Disediakan oleh :

Unit Publisiti
AADK Daerah Rembau 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan